❤ Apakah permainan minda【 iQ Games 】- -> http://www.kids.net.my/iq ?
Pada dasarnya, sebarang aktiviti yang memudahkan atau mencetuskan daya pemikiran dan membabitkan penyelesaian masalah, pertimbangan logik, daya ingatan dan kreativiti boleh dipanggil sebagai permainan minda - -> http://www.kids.net.my/iq . Ini termasuk permainan pertimbangan sosial dan emosi kerana perkembangan sosioemosi sangat berkait rapat dengan perkembangan kognitif.
Anggap permainan minda sebagai asas kepada pembelajaran anak anda. Apabila anak anda mempelajari pengetahuan baru melalui pembelajaran secara formal atau tidak, dia perlu berusaha lebih kuat untuk mendapat lebih banyak pengetahuan dan kefahaman.
Asas kebolehan kognitif itu mampu membantu anak anda menimba ilmu pengetahuan akademik (seperti membaca, menulis, mengira, menghafal, mengurus, merancang lebih awal, menyusun dan mengikuti peraturan).
Penggunaan permainan minda - -> http://www.kids.net.my/iq untuk memupuk perkembangan mental kanak-kanak harus bersesuaian dengan umur dan berbentuk progresif. Dengan cara ini, kemahiran yang dipelajari boleh dimanfaatkan dalam pembelajaran dan kehidupan sebenar.
❤ Jenis permainan minda terbaik
Contoh lazim permainan minda adalah permainan memori (daya ingatan) dan teka-teki. Permainan memori lazimnya paling mudah kerana ia memerlukan kanak-kanak untuk menghafal sesuatu gambar, nombor atau simbol.
Terdapat sesetengah permainan memori yang memerlukan strategi di mana kanak-kanak perlu mengingati turutan untuk memenangi permainan. Oleh itu, walaupun permainan minda kelihatan mudah, namun ia boleh membabitkan pelbagai komponen kognitif.
Permainan klasik seperti permainan daun terup ataupun papan yang menggunakan dadu dan wang tiruan membantu kanak-kanak menghitung dan menghafal. Permainan ini juga memerlukan pemain mengatur strategi untuk menang. Apabila kanak-kanak belajar mengatur strategi, mereka juga belajar untuk menjadi kreatif dalam penyelesaian masalah.
Selain menyelesaikan masalah dalam pertimbangan logik, fizikal atau angka, permainan minda lain juga menggunakan pertimbangan verbal seperti permainan perkataan (seperti Sahibba), anagram dan teka-teki.
Ia membantu memperbaiki perbendaharaan kata, pemahaman serta penggunaan bahasa dan pada masa yang sama meningkatkan kebolehan kognitif dalam memproses perkataan atau aktiviti berkaitan dengan bahasa.
Permainan ini mempunyai aplikasi dalam kehidupan sebenar bagi kanak-kanak terutama di sekolah kerana ia membantu mempercepatkan proses pembelajaran mereka.
Di samping itu, teka-teki pula biasanya membabitkan aktiviti menyelesaikan masalah secara langsung. Ada juga teka-teki yang menggunakan kaedah tidak langsung di mana ia memerlukan lebih input sosial dan emosi dalam membuat keputusan atau pertimbangan.
Contoh yang mudah ialah permainan ‘padankan pekerjaan’ yang dimainkan dengan cara meneka pekerjaan antara satu sama lain. Permainan yang mempunyai cerita sosial boleh digunakan untuk mengenali dan mengendalikan emosi serta menyelesaikan masalah sosial.
Permainan pertimbangan sosial berkenaan lebih baik dimainkan bersama seorang rakan agar interaksi sebenar boleh berlaku dan membantu memberi maklum balas sosial apabila bermain dan kawalan diri.
Permainan seperti ini juga membantu membentuk persahabatan yang mengukuhkan harga diri, kecekapan diri serta keyakinan kanak-kanak. Permainan bukan sosial yang dimainkan secara berkumpulan juga membantu meningkatkan kemahiran sosial kanak-kanak.
Permainan minda - -> http://www.kids.net.my/iq perlu dibentuk agar dapat diaplikasikan dalam aktiviti harian seperti situasi sosial, kegiatan ekonomi, dan isu persekitaran agar kanak-kanak boleh mempelajari nilai kebolehan kognitif mereka berhubung dengan peranan sebagai individu dalam masyarakat.
Ini akan membantu memupuk semangat kekitaan, kecekapan diri dan kesejahteraan psikososial secara amnya. Sebagai ibu bapa, tanggung jawab anda adalah untuk menerangkan kepada anak anda bagaimana kemahiran yang diperoleh daripada bermain permainan boleh digunakan dalam kehidupan sebenar.
Kini, amat mudah mendapatkan permainan minda dalam talian - -> http://www.kids.net.my/iq , tetapi anda juga perlu pastikan anak anda juga terdedah kepada permainan manual yang membantunya melatih pergerakan motor halus dan kasar mereka. Dapatkan nasihat pakar psikologi atau pendidik khusus sekiranya anda tidak pasti bagaimana untuk menggunakan permainan minda bagi anak anda.
★ Online Order : http://www.kids.net.my/yoyocar ★
★ Online Order : http://www.kids.net.my ★
★ Kids Station BUKA 7 Hari Seminggu dari 11am - 7pm di
★ Kedai BUKA pada 8/7, 9/7 dan 10/7/2016 di
★ Lot 3-003A, Tingkat 3, Endah Parade (AEON Big), 1, Jalan 1/149E, 57000 Sri Petaling, Kuala Lumpur
★ Sila PM atau WhatsApp/ SMS/ Call ~ Kids Station 012-2244202 or 012-2211 410 or 0124466 733 sekiranya ada apa-apa pertanyaan.